
Pandangan tentang peristiwa yang terlibat daripada dua orang remaja
May 17, 2010Saya telah melihat video yang dirakamkan oleh seorang pelajar di Sekolah Menengah Siglap. Seorang pelajar lelaki yang bernama Afiz yang berusia 15 tahun telah memukul seorang pelajar perempuan secara bertalu-talu di dalam lif. Afiz dikenali sebagai seorang penari dari kumpulan Voguelicious. Rakan Afiz yang merakamkan video itu. Afiz telah menyatakan bahawa ‘Kau jangan main gila dengan aku’ dan ‘siapa suruh kau bilang cikgu?’ di dalam video itu. Mungkin pelajarĀ perempuaan dari Sekolah Menengah Siglap itu telah memberitahu guru perkara negatif tentang Afiz dan oleh kerana ini, ia telah menyebabkan Afiz tidak berpuas hati dengan perempuan itu.
Pada pandangan saya, Afiz tidak sepatutnya membuat begitu kepada perempuan itu walaupun dia sangat marah. Perkara sedemikian boleh membuat perbincangan. Ibu bapa perempuan itu pun tidak tergamak untuk memukul anaknya seperti begitu. Saya amat simpati pada perempuan itu. Dia kelihatan takut danm tidak boleh membuat apa-apa. Jika saya berada dalam situasi perempuan itu, saya akan terus melarikan diri apabila lif terbuka. Afiz sepatutnya mendapat hukuman yang sewajarnya.