h1

Seorang Tokoh Wanita yang Terkenal & Berjaya

April 19, 2010
 
 
 

Pakar pergigian Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kolonel Dr. Roshidah Ishak merupakan wanita pertama negara dilantik sebagai Brigedier Jeneral pada majlis pemakaian pangkat pegawai kanan Tentera Darat pada 19 Mac 2007. Kolonel Dr. Roshidah Ishak adalah anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Beliau merupakan anak ketiga daripada sembilan adik-beradik dan beliau mendapat pendidikan awal di Kolej Tengku Kursiah, Seremban, Negeri Sembilan. Beliau kemudiannya mendapat Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian dari Universiti Malaya pada tahun 1981. Beliau telah menerima Ijazah Master of Science (Periodontology) di Universiti Bristol, United Kingdom pada 1991.

Beliau memegang jawatan sebagai Kapten di Pusat Pergigian Angkatan Tentera, dinaikkan pangkat kepada Mejar pada tahun 1987, Lt. Kolonel pada tahun 1993 dan Kolonel pada tahun 2007. Suami beliau ialah Encik Ahmad Zulkifle Mohd Zain berasal dari Kelantan dan juga bertugas dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai Lt. Kolonel (Udara). Beliau mempunyai lima orang cahayamata iaitu tiga orang putera dan dua orang puteri.

Jawatan yang pernah disandang oleh beliau adalah Pegawai Pemerintah Panglima Gagah Angkatan Tentera(PGAT) Tentera Udara Diraja Malayia(TUDM), PGAT Sungai Petani dan Pegawai 1 Khidmat di Cawangan Pergigian, Bahagian Perkhidmatan Kesihatan di Kuala Lumpur. Hobi beliau pada masa lapang adalah bermain bola jaring, snorkeling dan selam skuba(scuba diving).

 

Satu pelajaran yang dapat saya pelajari daripada kisahnya adalah membuat perkara dengan bersungguh- sungguh dan jangan berputus asa jika hendak mencapai kejayaan. Jika sudah mempunyai cahaya mata, jangan terlalu sibuk menumpukan kerja, berikan masa juga untuk meluangkan masa bersama keluarga. Dengan ini, ia boleh membantu kita untuk mengimbangkan hidup kita.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.