h1

Kerja Kemasyarakatan

July 9, 2010

Pada dua tahun yang lepas, saya telah dilantik untuk melakukan kerja kemasyarakatan di sekolah iaitu ‘Food from the heart’. Kami telah menyiapkan bekalan yang didermakan oleh pelajar New Town yang mengandungi beberapa jenis makanan segera seperti mi maggi, tin milo dan lain-lain lagi.

Barang-barang tersebut akan dimasukkan ke dalam van dan akan diagihkan kepada keluarga yang kurang berkemampuan. Kami tetap bersemangat menjalinkan tugas walaupun berasa letih.

h1

Frasa Berbunga

May 27, 2010

Deras hatiku bedetak

Di langit aku terlihat kamu

Terang malam teman kita

Dengan angin meniup sayu

(lirik lagu dari Aizat ‘lagu kita’)

Jiwa aku masih perlukan dirimu

Kini aku ingin kamu menjadi

Mentari kembali

Menyinari hidup Aku

Dengarlah suaraku

Masa berlalu ku memanggilmu selalu

(lirik lagu dari Aliff  Aziz “Cinta’)

Bayangan wajahmu

Selalu di depan mata

Harum baumu masih dapatku hidu

Bagaimana ingin aku membencimu

Jikalau setiap hari merindu

Sekiranya derita merinduimu

Itu sebenarnya bahagia

(lirik lagu dari ahli  fiqir ‘ derita merindu’)

h1

Pandangan tentang peristiwa yang terlibat daripada dua orang remaja

May 17, 2010

Saya telah melihat video yang dirakamkan oleh seorang pelajar di Sekolah Menengah Siglap. Seorang pelajar lelaki yang bernama Afiz yang berusia 15 tahun telah memukul seorang pelajar perempuan secara bertalu-talu di dalam lif. Afiz dikenali sebagai seorang penari dari kumpulan Voguelicious. Rakan Afiz yang merakamkan video itu. Afiz telah menyatakan bahawa ‘Kau jangan main gila dengan aku’ dan ‘siapa suruh kau bilang cikgu?’ di dalam video itu. Mungkin pelajar  perempuaan dari Sekolah Menengah Siglap itu telah memberitahu guru perkara negatif tentang Afiz dan oleh kerana ini, ia telah menyebabkan Afiz tidak berpuas hati dengan perempuan itu.

Pada pandangan saya, Afiz tidak sepatutnya membuat begitu kepada perempuan itu walaupun dia sangat marah. Perkara sedemikian boleh membuat perbincangan. Ibu bapa perempuan itu pun tidak tergamak untuk memukul anaknya seperti begitu. Saya amat simpati pada perempuan itu. Dia kelihatan takut danm tidak boleh membuat apa-apa. Jika saya berada dalam situasi perempuan itu, saya akan terus melarikan diri apabila lif terbuka. Afiz sepatutnya mendapat hukuman yang sewajarnya.

h1

Seorang Tokoh Wanita yang Terkenal & Berjaya

April 19, 2010
 
 
 

Pakar pergigian Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kolonel Dr. Roshidah Ishak merupakan wanita pertama negara dilantik sebagai Brigedier Jeneral pada majlis pemakaian pangkat pegawai kanan Tentera Darat pada 19 Mac 2007. Kolonel Dr. Roshidah Ishak adalah anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Beliau merupakan anak ketiga daripada sembilan adik-beradik dan beliau mendapat pendidikan awal di Kolej Tengku Kursiah, Seremban, Negeri Sembilan. Beliau kemudiannya mendapat Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian dari Universiti Malaya pada tahun 1981. Beliau telah menerima Ijazah Master of Science (Periodontology) di Universiti Bristol, United Kingdom pada 1991.

Beliau memegang jawatan sebagai Kapten di Pusat Pergigian Angkatan Tentera, dinaikkan pangkat kepada Mejar pada tahun 1987, Lt. Kolonel pada tahun 1993 dan Kolonel pada tahun 2007. Suami beliau ialah Encik Ahmad Zulkifle Mohd Zain berasal dari Kelantan dan juga bertugas dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai Lt. Kolonel (Udara). Beliau mempunyai lima orang cahayamata iaitu tiga orang putera dan dua orang puteri.

Jawatan yang pernah disandang oleh beliau adalah Pegawai Pemerintah Panglima Gagah Angkatan Tentera(PGAT) Tentera Udara Diraja Malayia(TUDM), PGAT Sungai Petani dan Pegawai 1 Khidmat di Cawangan Pergigian, Bahagian Perkhidmatan Kesihatan di Kuala Lumpur. Hobi beliau pada masa lapang adalah bermain bola jaring, snorkeling dan selam skuba(scuba diving).

 

Satu pelajaran yang dapat saya pelajari daripada kisahnya adalah membuat perkara dengan bersungguh- sungguh dan jangan berputus asa jika hendak mencapai kejayaan. Jika sudah mempunyai cahaya mata, jangan terlalu sibuk menumpukan kerja, berikan masa juga untuk meluangkan masa bersama keluarga. Dengan ini, ia boleh membantu kita untuk mengimbangkan hidup kita.

h1

Destinasi Impianku

August 13, 2009

Destinisi impian saya adalah ke Cameron Highland. Cameron Highlands merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Ia juga terkenal dengan  hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-buahan yang bermutu tinggi. Keadaan cuaca di sana sejuk dan menyegarkan. Saya berhararap dapat melawati tempat itu satu hari nanti.

h1

Hang Jebat

July 24, 2009

Hang Jebat merupakan seorang pahlawan yang telah dibunuh oleh Hang Tuah kerana derhaka dalam pertarungan yang memakan masa 3 hari 3 malam. Hang Jebat pada masa pertarungan itu menggunakan keris Taming Sari yang dianugerahkan oleh Sultan Melaka semasa melantiknya menjadi Laksamana. Keris itu dikatakan menjadikan Hang Jebat kebal tidak lut senjata. Hang Tuah telah berjaya merampas semula keris Taming Sari dalam pergelutan dan menikam Hang Jebat. Selepas menikam Hang Jebat, Hang Tuah yang baru kembali dari buangan, kembali kerumahnya. Hang Jebat tidak terus mati, tetapi telah membalut lukanya dengan kain cindai dan kemudiannya memasuki kampung-kampung untuk mengamuk membunuh siapa sahaja yang melintas dihadapannya. Dia akhirnya menghembuskan nafas terakhir di pangkuan Hang Tuah.

Ada kisah yang menyebut bahawa sebenarnya Hang Jebat telah bernikah dengan Dang Wangi dan semasa Hang Jebat terbunuh, Dang Wangi sedang hamil anak Hang Jebat. Hang Tuah kemudiannya menghantar Dang Wangi tinggal di Singapura untuk melahirkan dan membela anak Hang Jebat yang dikatakan bernama Hang Nadim. Dalam kisah Singapura Di Langgar Todak, budak bijak yang memberi pendapat supaya berkubukan batang pisang dari serangan todak dikatakan adalah Hang Nadim anak kepada Hang Jebat.

Saya kurang pasti sama ada hang jebat wujud ke tidak. Saya harap saya dapat bertemu dengan Hang Jebat satu hari nanti.

h1

Azam saya untuk semester depan

May 21, 2009

Saya ingin mempertingkatkan prestasi saya dalam pelajaran untuk semester depan.  Saya tidak berpuas hati dengan apa yang telah saya capai dalam peperiksaan pada semester ini.  Saya harus membaca buku supaya dapat memperbaiki bahasa Inggeris dan Melayu. Juga, mengulangkaji mata pelajaran saya. Saya harap apa yang saya ingin dapat dicapai.

h1

Hari Ibu

May 5, 2009

Puisi untuk Ibu

Meskipun dirimu manusia biasa
bagiku engkaulah malaikatku
yang tak pernah lelah
membimbingku

ibu, maafkanlah aku
yang dulu sering tidak memahamimu
yang kadang meremehkanmu

ibu engkaulah suwargo katon itu
tak pernah terlambat memberi kedamaian
semoga kau bahagia selalu
semoga aku dapat membahagiakanmu

ibu, hari ini kami memperingatimu
ibu, “selamat hari ibu”
terimalah salamku
dari anakmu

*suwargo katon, dalam bahasa jawa berarti surga yang terlihat, surga yang menjadi nyata.

Puisi ini menceritakan tentang betapa sayangnya dan mengenang jasa saya pada ibuku. Saya tetap akan mendengar nasihat ibuku walau apa pun terjadi.

SELAMAT HARI IBU ! :D

h1

Bernakah ?

March 9, 2009

images82     Menurut legenda, ikan duyung adalah makhluk air yang memiliki kepala dan tubuh layaknya seorang perempuan dan ekor menyerupai ikan. Ikan duyung hidup di dasar laut dan dikatakan merupakan seorang puteri yang telah disumpah sebahagian anggotanya daripada paras pinggang hingga ke kaki menjadi ikan. Cerita mengenai ikan duyung wujud dalam hampir semua masyarakat di dunia. Dalam mitologi Yunani, ikan duyung dikatakan selalu menggoda para pelaut yang lalai. Sesiapa yang tergoda akan menemui ajalnya. Masyarakat Babilonia pula menyembah ikan duyung sebagai Tuhan atau dewa laut yang dikenal sebagai Ea atau Oannes. Oannes digambarkan sebagai duyung jantan.

Putri duyung juga dikenali sebagai watak dalam dongeng The Little Mermaid (1836) karya Hans Christian Andersen yang telah diterjemah ke pelbagai bahasa.

h1

Tak Kenal Maka Tak Cinta

February 17, 2009

Pengenalan

Ini adalah satu jenis burung nuri yang hampir pupus  dan ianya sungguh cantik  dan mempunyai suara yang merdu. Burung ini mempunyai saiz yang kecil.

Makanan

Burung ini selalunya diberi makanan yang utama iaitu kekacang yang dipilih untuk menjaga kesihatan burung itu.

 Ciri-Ciri

*Sentiasa menyembunyikan suara yang merdu apabila pelancong hadir

*Jinak dan riang

*Takut  jika dikritik

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.